Nilai Murni
1.
BAIK HATI
a)
Belas kasihan
b)
Bertimbang rasa
c)
Murah hati
d)
Saling memahami
e)
Sedia memaafkan
2.
BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
a)
Bertanggungjawab
b)
Berupaya bertindak sendiri
c)
Jaya diri
d)
Yakin pada diri sendiri
3.
HEMAH TINGGI
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut
serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam
hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.
a) Kesopanan
b) Mengakui kesalahan diri
c) Ramah mesra
4.
HORMAT – MENGHORMATI
Menghargai dan memuliakan
seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
a)
Hormat dan taat kepada ibu bapa
b)
Hormat kepada orang yang lebih tua,
guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
c)
Hormat kepada raja dan negara
d)
Hormat kepada hak asasi
e)
Hormat kepada kepercayaan dan adat
resam pelbagai keturunan
f)
Hormat kepada keperibadian individu
g)
Patuh kepada undang-undang
h)
Patuh kepada ketepatan masa
i)
Menghargai kebijaksanaan, pengalaman
dan jasa
j)
Menghargai tenaga pekerja
k)
Menghargai maruah diri
5.
KASIH
SAYANG
Perasaan cinta, kasih dan sayang
yang mendalam dan
berkekalan lahir dari hati yang rela terhadap
sesuatu.
a)
Sayang kepada nyawa
b)
Sayang kepada alam sekeliling
c)
Cinta kepada negara
d)
Cinta kepada keamanan dan keharmonian
6.
KEADILAN
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak
berat sebelah.
a)
Adil
b)
Saksama
7.
KEBEBASAN
Boleh melakukan sesuatu tanpa
batasan asalkan kebebasan itu
tertakluk kepada peraturan dan
undang-undang yang ditentukan
oleh agama, masyarakat, dan
negara.
a)
Kebebasan di sisi undang-undang
b)
Kebebasan dalam sistem demokrasi
8.
KEBERANIAN
a)
Berani dengan tidak membuta tuli
b)
Berani kerana benar
c)
Berani mempertahankan pendirian
d)
Berani bertanggungjawab
9.
KEJUJURAN
Sikap
dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah
dan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
a)
Amanah
10.
10.
KEBERSIHAN
FIZIKAL DAN MENTAL
Kebersihan
fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.
Kebersihan mental pula adalah
kebersihan pertuturan, perlakuan,
pemikiran dan kerohanian.
a)
Kebersihan diri
b)
Kebersihan persekitaran
c)
Pertuturan dan kelakuan yang sopan
d)
Pemikiran yang sihat
11.
KERAJINAN
Usaha berterusan yang penuh
dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam
melakukan sesuatu perkara.
a)
Cekal
b)
Daya usaha
c)
Dedikasi
d)
Gigih
e)
Tekun
12.
KERJASAMA
Usaha yang baik dan membina yang
dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai kesejahteraan
sesuatu matlamat.
a)
Persaudaraan
b)
Tanggungjawab bersama
c)
Gotong-royong
d)
Toleransi
e)
Kebaikan bersama
f)
Perpaduan
13.
KESEDERHANAAN
Sikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau
perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat.
a)
Sederhana dalam menimbangkan
kepentingan diri dan
kepentingan
orang lain.
b)
Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan
tingkah laku.
14.
KESYUKURAN
Perasaan dan perlakuan yang
dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
a)
Berterima kasih
b)
Mengenang budi
c)
Penghargaan
15.
RASIONAL
a)
Boleh membuat pertimbangan
b)
Boleh membuat penaakulan
c)
Berfikiran logik dan terbuka
16.
SEMANGAT
BERMASYARAKAT
Kesediaan melakukan sesuatu
dengan semangat
kekitaan untuk kepentingan
bersama bagi mewujudkan
keharmonian hidup dalam
masyarakat.
a)
Bermuafakat
b)
Kejiranan
17.
PATRIOTIK
a) Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta
berusaha untuk memajukan negara.
b) Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan apa sahaja
demi mempertahankan negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan